Jaga2-Jaga PHISHING Menggunakan Laman Web KWSP

Waspada Cubaan Phishing Menggunakan Laman Web KWSP Palsu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli-ahli yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 dari KWSP. KWSP menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web tersebut adalah PALSU dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima ‘insentif’ tersebut (lihat paparan laman web palsu).

Imej laman web palsu yang sedang disebarkan melalui mesej rantai.

KWSP percaya bahawa ini merupakan cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah. Ahli-ahli digesa supaya tidak klik pada pautan tersebut atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut.

Semua maklumat rasmi mengenai produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di new.epf.gov.my. Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 28 Ogos 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *