Jaga-Jaga Kedah, UiTM Bukan ‘Lubuk’

Sekalipun pasukan ini merupakan pendatang baharu dalam saingan Liga Super, itu bukan bermakna pasukan lain boleh memperlekehkan kemampuan UiTM FC termasuk pasukan Kedah yang ‘ketandusan’ mata selepas ‘lingkup’ dalam dua perlawaan liga.Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak ketika sidang media selepas tew@s kepada Terengganu FC (TFC) tempoh hari menjelaskan beliau yakin anak buahnya mampu bangkit dan perlu fokus untuk mengutip mata pada perlawnan yang seterusnya.

Namun jurulatih kelahiran Singapura itu perlu ingat, selaku pasukan bertaraf universiti yang pertama beraksi di saingan liga elit negara, UiTM telah membuktikan mereka mampu untuk melakukan kejutan termasuk ketika perlawnan menent@ng Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas.Dengan pelantikan bekas pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih, pasukan itu dilihat berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan taktikal “high pressing” yang menjadi ancam@n buat dua pasukan berpengalaman iaitu Melaka dan JDT.

Status pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’ bukan bermaksud UiTM akan menjadi ‘lubuk’ untuk pasukan-pasukan lain mencari mata. Ini kerana skuad The Lion Troops itu dikuatkan dengan kehadiran pemain import yang mempunyai reputasi tinggi seperti Gustavo Almeida, Rabih Ataya, Ousmane Fane dan Victor Clotaire Nirennold.Dengan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman yang dilihat semakin serasi, dua perlawnan pertama ini mungkin sudah cukup untuk UiTM gunakan sebagai pengajaran berharaga. Namun dengan semangat melawan yang telah dipamerkan, ia telah menunjukkan mereka mampu untuk beraksi di pentas Liga Super.

Sejarah telah membuktikan, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Jangan terlebih yakin.

Kredit Foto: UiTM FC