Jadi Mangsa Janji Manis

JIKA ada anugerah jurulatih paling m@lang, sudah pastinya mantan pengendali PDRM dan Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria memenanginya apabila terus menjadi mangsa ‘janji manis’ bekas majikan yang g@gal membayar tunggakan gaji baru-baru ini.

Malah, simpati yang ditunjukkan bekas majikan iaitu Pejabat Daerah Kuantan untuk menyelesaikan tunggakan gaji selepas rumah bapa yang mvsnah ak!bat kebakaran tahun lalu sehingga kini tidak menunjukkan sebarang perkembangan walaupun sudah beberapa kali mengadakan perbincangan.

Zulhamizan berkata, beliau sudah memberi ruang dan peluang kepada bekas majikannya untuk menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM80,000 sepanjang mengendalikan pasukan berkenaan sebelum ini.

Beliau berkata, bekas majikannya itu berjanji akan menyelesaikan semua bayaran tunggakan gaji beliau termasuk pemain lain selewatnya hujung tahun lalu sekali gus memberikan kelegaan kepada mereka kerana menunggu lebih dua tahun supaya masalah terbabit diselesaikan.

“Namun, saya terus menjadi mangsa janji manis bekas majikan apabila mereka gagal membuat sebarang pembayaran walaupun mengetahui kami begitu memerlukannya dengan keadaan semasa ketika ini.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga sudah mengambil maklum kisah malang itu berkenaan kerana ia dibangkitkan oleh saya ketika melawat rumah bapa yang terbakar tahun lalu.

“Saya sudah puas bersabar dan selalu menjadi mangsa gaji tertunggak dengan beberapa pasukan sebelum ini dan kali ini saya mengharapkan ada sinar supaya perkara terbabit diselesaikan segera,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Zulhamizan bersama pegawai pasukan dan pemain berhadapan dengan tunggakan gaji ketika mengendalikan Kuantan FA.

sumber:HM

Malah, bekas pertah@nan negara itu juga turut menerima nasib sama apabila tidak mendapat bayaran ketika mengendalikan pasukan daripada Liga M3 Batu 2 FC.