Irfan Dikaitkan Dengan Skuad Jang

Selepas pengendali Petaling Jaya  City FC, K Devan dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan, seorang lagi jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, turut sama disebut mengisi posisi berkenaan.

Bekas pengendali Terengganu FC berusia 69 tahun itu dikatakan dipanggil oleh pengurusan Negeri Sembilan FC  bagi mengadakan perbincangan lanjut di Seremban, semalam.

Menurut sumber, Irfan ada datang ke pejabat NSFC dipercayai bagi membincangkan mengenai permohonannya mengisi jawatan itu.Irfan jurulatih berpengalaman dan mempunyai rekod cemerlang dalam saingan liga bola sepak tempatan.

Bagaimanapun setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa individu yang akan mengisi posisi ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baharu, kata sumber itu di sini, hari ini.

Irfan bukan asing bagi pasukan Negeri Sembilan kerana beliau pernah membimbing skuad berkenaan pada 1998 dan 1999.

Sebelum ini, Devan turut menyatakan hasrat untuk kembali ke Negeri Sembilan jika diberi peluang mengisi kekos0ngan yang ditinggalkan oleh pengendali sebelum ini, Sazali Saidun.

Devan yang berusia 69 tahun juga pernah membimbing Negeri Sembilan dan berjaya menjulang pasukan itu selaku juara Piala FA pada 2003 selain meletakkan skuad berkenaan sebagai juara Liga Super pada musim 2005/2006.

sumber:BH