Ini Soal Kehidupan,Jangan Buat Main-main

Isu bekas pemain kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus terpaksa melelong k0leksi peribadinya termasuk anugerah kasut emas yang dimenanginya sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana pada 2002 amat memeranjatkan saya.Rata-rata pemain bekas pemain bola sepak mungkin tidak sanggup melakukan apa yang dilakvkan oleh Khalid itu sebagai jalan terakhir untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Adakah ia memalukan kerjaya pemain bola sepak di negara ini? Teruk sangatkah kehidupan seorang pemain bola sepak apatah lagi pemain yang bukan ‘kaleng-kaleng’ seperti Khalid ini. Beliau juga bukan pemain ‘bishe-bishe’ yang kita kenali.Era kegemilangannya begitu hebat sekali. Kehidupannya sebagai pemain bola sepak di era kegemilangannya juga penuh warna-warni.

Memenangi hampir semua kejuaraan bolasepak di negara ini seperti liga (2 kali), Liga Perdana ( sekali), Piala Malaysia (2 kali), Piala FA (2 kali) dan penjaring terbanyak Liga Perdana (sekali) selain mewakili skuad Olimpik Barcelona dan pemain kebangsaan (selama tujuh tahun).Hebat sungguh pencapaian pemain ini jika nak dibandingkan ramai lagi bekas-bekas pemain negeri dan kebangsaan yang bertaburan di muka bumi Malaysia ini.

Namun mengapa seseorang pemain hebat sebegini tiba-tiba menjadi begitu daif sekali? Apa yang terjadi ini mungkin menakutkan ibu bapa yang sedang bercita-cita untuk menjadikan anak mereka bintang bolasepak di negara ini.

Apakah tindakan Khalid ini turut memalukan kerjaya pemain bolasepak di negara ini? Kudratnya dilihat masih lagi kuat, masih muda di awal empat puluhan, sihat tubuh badan dan bagi saya masih mampu melakukan pekerjaan dengan syarat tidak terlalu memilih dan berkira tentang jumlah gajinya.

Atau mungkinkah keterpaksaan ini dipengaruhi oleh nasihat-nasihat yang membinasakan atau kurang bijak atau mungkin juga untuk memberi petunjuk-petunjuk lain yang hanya Khalid sendiri yang tahu? Apa pun, cepat sahaja isu ini mendapat perhatian ahli politik selain viral di sana sini. Cuma saya harap !su Khalid ini juga perlu dlihat jauh ke hadapan dan bukan kesempatan untuk mencari p0pulariti mudah.Bagi saya, kes Khalid ini sebenarnya lebih kepada soal menguruskan kehidupan.

Ramai bekas pemain negeri dan kebangsaan di luar sana yang lebih rendah pencapaiannya, langsung tidak begitu popular selain bukan tumpuan media kerana bukan di kalangan pemain hebat seperti Khalid, namun mereka berjaya menguruskan kehidupan mereka dengan baik.Begitu ramai yang hidup sederhana, berjawatan sederhana, berniaga kecil-kecilan tetapi bahagia dan bangga kepada anak-anak dan isteri serta peminat dengan pencapaian mereka walau tidak sehebat Khalid.

Bolehkah kita menganggap kes Khalid Jamlus ini antara kes terpencil dalam sukan bolasepak di negara kita ini? Sama juga dengan kes-kes syahdu yang berlaku kepada pemain-pemain hebat di dunia yang gagal dalam menguruskan kehidupan yang boleh saya kongsikan di sini.

Antaranya Ronaldinho, bekas bintang Brazil dan Barcelona yang kaya raya sebelum dipenjarakan di Paraguay akibat menggunakan pasport palsv. Harta dan pasportnya sebelum itu di rampas di Sepanyol kerana tidak membayar cukai dan d3nda.

Apa terjadi kepada Maradona, bintang Piala Dunia Argentina dengan kes dadahnya. Begitu juga George Best, bintang Piala Dunia England kaki pem@buk suatu ketika dulu. Semuanya saya kategorikan dalam soal gagal menguruskan kehidupan.

Soal menguruskan kehidupan ini bergantung kepada kesedaran sendiri seseorang pemain. Ia ibarat jika bekerja sebagai seorang tukang kebun atau pengawal keselamatan, hiduplah seperti seorang tukang kebun dan pengawal keselamatan. Jangan cuba-cuba untuk hidup seperti seorang pegawai tadbir atau eksekutif.

Namun bagi seorang bintang bolasepak, ramai yang saya lihat bernasib baik kerana mendapat pasangan hidup yang dapat membantu sewaktu persaraan.Pun begitu, soal menguruskan kehidupan ini perlu datang bersekali dengan disiplin seseorang pemain itu.

Sebagai ahli sukan, disiplin adalah kunci kejayaan. Kalau seseorang pemain yang hebat mana sekalipun, jika dia seorang yang tidak berdisiplin, maka akan sukarlah dia untuk berjaya baik sewaktu dia masih bermain apatah lagi selepas dia bersara.

Beringatlah waktu senang, jangan leka dengan kehidupan yang menyeronokkan. Disanjung, dipuja, ke hulu, ke hilir, siang malam hingga ke subuh hingga duit mengalir tanpa disedari dan akhirnya kering kontang.

Saya harap ceritawara Khalid ini jadi pengajaran kepada pemain-pemain muda yang berada di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) dan di pelbagai sekolah-sekolah sukan negeri dan kelab bolasepak seperti Johor Darul Ta’zim dan Akademi FELDA.Kerjaya bolasepak anda lebih terjamin jika seiring dengan akademik.

Sambil bermain gunakan peluang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi laluan khas yang disediakan. Jangan dikelabui dengan kontrak beberapa ribu ringgit untuk bermain di Piala Belia atau Presiden hingga menolak peluang ke menara gading.

Sumber:BH

Andai ced3ra nanti, atau tidak mendapat tempat untuk beraksi di Liga Perdana atau Liga Super…..dimanakah hala tuju anda……..????

Penulis adalah Pengulas Sukan ASTRO Arena & Foxs Sport