Ini Semua Salah SALAH

SELEPAS Liverpool sah ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20, apabila Chelsea berjaya mengalahkan Manchester City awal pagi tadi, rata-rata selebriti dan ahli politik mengeluarkan kenyataan mereka tanda kegembiraan di akaun laman sosial masing-masing.

Pengarah, pelakon dan penyanyi, Afdlin Shauki adalah antara yang gembira dengan kejayaan dicatatkan pasukan bimbingan Jurgen Klopp sekali gus mengakhiri penantian 30 tahun.

Alhamdulillah!!! Champions paling cepat dalam liga inggeris!!!! YNWA!. Syukur! Syukur! Now you believe us? Hahaha! Champions of England! Champions of Europe and Champions of the World! Dalam satu season!!! Wowwwww.

“Number 19!!! Champions!!! YNWA!!!. Besi yang sangat bermakna !!! Congrats LFC!!! And all its supporters!!!! YNWA,” katanya yang juga pelawak dan produser.

Bintang komedi Harith Iskander, pula mengimbau kenangan dan penantiannya sudah sekian lama terutama sejak mula melakukan penampilan lawak di atas pentas pada 89/90.Akhirnya, akhirnya, akhirnya. Saya bekerja di Leo Burnett dan Liverpool memenangai kejuaraan Divisyen Pertama. Selepas itu 30 tahun tempoh yang sangat lama, katanya.

Penyampai radio dan pelakon, Aishah Sinclair, menceritakan bahawa dia diperkenalkan dengan kelab berkenaan melalui bapa dan abangnya. Akhirnya dia berkahwin dengan penyokong Liverpool.

Mungkin kami berdua sudah tidak ada pilihan. Apa pun tahniah buat Liverpool yang meraih kejuaraan. Penantian lama membuatkan ia lebih manis,” katanya.
Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menceritakan kejayaan The Reds melalui perkataan ‘sampai’ di akaun Facebook.Akhirnya PAS sampai Putrajaya. Piala sampai kat Anfield. Saya dah nak sampai Kemaman pagi ni. Asal sampai, semua ceria, katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengucapkan tahniah kepada Liverpool.

Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas! Ini semua salah (Mohamed) Salah!, katanya.

Sumber:HM

Lain pula dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, apabila menjawab pertanyaan pemilik akaun Farhan Nearhan selepas ditanya mengenai perasaan Liverpool juara.

“Boleh tanya kepada selain penyokong Liverpool,” kata penyokong tegar kelab yang berpangkalan di Anfield itu.