Ini Satu Lagi Perancangan Norizam Untuk TRW Memang Terbaik

Pemilik pasukan TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kemaskini laman sosial beliau secara jelas menyatakan bahawa misi dan impian beliau untuk membawa pasukan itu tersenarai ke Bursa Malaysia seawal 2025.

Perkara ini diterangkan secara ringkas ketika beliau memuat naik sekeping gambar sijil penubuhan syarikat The Red Warriors Berhad (1384622-W) dimana sebab utama syarikat itu menggunakan ‘Berhad’ selari dengan misi pemilik yang mahu melihat pasukan Kelantan FC menjadi seperti Bali United.

Alhamdulillah, The Red Warriors FC Berhad secara rasmi ditubuhkan.Ini adalah syarikat berhad yg dibina untuk semua…

Posted by ZAMSAHAM on Thursday, October 1, 2020

Syarikat Sdn Bhd maksima shareholder 50 orang. Syarikat Sdn Bhd tak boleh IPO, lagilah Enterprise, tak layak IPO. Untuk taburan saham atau public spre@d kena ada at least 20% . Itu kalau di Malaysia, negara juga ada syarat minimum untuk orang awam, barulah boleh disenaraikan.

Syarikat berhad shareholder maksima unlimited. Sebab itu hanya syarikat berhad boleh disenaraikan di pasaran saham. Ini platform yang betul.Cuma tambahan bagi syarikat yang nak disenaraikan mesti ada minimum pemegang saham 1,000 orang yang memiliki 100 unit sekurang-kurangnya.

Menjadi platform roadmap sehingga berjaya disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia. Itu impian aku sebagai owner kelab. Misi 2025, 5 tahun kedepan, jelas Norizam Tukiman melalui Facebook ZamSaham hari ini.

sumber:Vocketfc