Ini Penyak!t Baru Dalam BolaSepak – FAM

Beberapa minggu lalu ada ‘perbincangan’ hangat diantara penyokong-penyokong bola sepak Malaysia dilaman-laman s0sial berkenaan sistem gaji siling dalam Liga Malaysia bagi membendung !su kegagalan pembayaran gaji.

Pelbagai hujah dinyatakan namun penulis melihat pengenalan sistem gaji siling tidak akan berjaya dilaksanakan kerana beberapa faktor terlibat dan salah satunya adalah kerana wujudnya ‘double contracts’ diantara pemain dan juga pasukan secara rahs!a.

Jika diperhatikan sistem gaji siling itu bertujuan untuk mengawal perbelanjaan kewangan pasukan terutamanya gaji pemain namun, sekiranya b@rah ‘double c0ntracts’ masih lagi berleluasa, sistem itu tidak akan membawa apa-apa kes@n pun sebenarnya.

Mungkin diatas kertas nampak seperti pasukan sudah mengikuti segala peraturan tetapi hakikatnya mereka membayar lebih banyak mengeluarkan ‘perbelanjaan bawah meja’ berbanding apa yang diwar-warkan.

Kemungkinan ada juga gaji pemain dibayar oleh syarikat lain atau pr0xy kepada sesetengah individu sebagai jalan untuk mengelakkan perkara ini dikesan. Ia bukan satu perkara yang baru dalam dunia bola sepak Malaysia dan mungkin tidak ramai yang tahu mengenai perkara ini.

Siapa yang untung sebenarnya dalam perkara ini?

Kedua-dua pihak mendapat keuntungan tetapi advantage jauh lebih besar kepada pasukan kerana jika berlaku sebarang masalah kewangan, gaji rasmi yang ciput itu sahaja yang berani dituntut secara terbuka manakala gaji bawah meja terpaksa diperam rapi supaya tindakan itu tidak terbongkar.

sumber:vocketfc

Bar@h ‘double contracts’ seperti ini tidak akan habis selagi semua pihak tidak mempunyai kesedaran tinggi mengenai kesan jangkamasa panjang dan industri bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.