Ini Melibatkan Semua ,Satiananthan Tidak Setuju

Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan tidak setuju dengan cadangan pembatalan Liga Malaysia musim ini susulan penularan wabak pandemik COVID-19 yang mengancam kesihatan para pemain dan pegawai pasukan.Dipetik dalam New Straits Times, beliau harap Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysia Football League (MFL) dapat mencari jalan penyelesaian terbaik kerana ia melibatkan periuk nasi semua pihak.

“Kerajaan bola sambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau mengharamkan perhimpunan besar selepas PKP. Tetapi, kalau Liga Malaysia dibatalkan, ia akan memberi kesan kepada semua orang.

“Banyak pasukan akan berdepan masalah besar. Bukan sahaja pemain dan jurulatih, tetapi seluruh industri bola sepak.

“Saya fikir ada jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan masalah ini. FAM dan MFL perlu menghormati kontrak dengan pihak penaja. Penaja akan tarik diri jika kewajipan tidak dipenuhi,” katanya.

Kebanyakan pasukan Liga Malaysia bergantung pada sumber pendapatan daripada penaja. Mereka tidak dapat meraih pendapatan tambahan melalui kutipan tiket perlawnan jika dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

MFL sebelum membayangkan saingan Liga Malaysia mungkin akan kembali bersambung pada bulan Jun bergantung kepada situasi semasa wabak pandemik dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kalau itu terjadi, semua pihak perlu berganding bahu membantu pasukan. Termasuk mengurangkan kadar sewa stadium. Ia akan memberi kesan buruk kepada semua orang jika liga dibatalkan. Ramai akan hilang kerja,” tambah Satiananthan.