Ini Keputusan Terbaik Buat Ifwat – Aidil

Penjaga gol utama Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim menerima akibat di atas aksi goyah dalam dua perlawnan pertama CIMB Liga Super 2020 apabila ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak membuat keputusan merehatkannya bagi perlawnan ketiga menent@ng UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam pada Rabu.Kedah tewas 0-1 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi sulung dan disusuli kekalah@n 3-4 kepada Terengganu FC pada Sabtu lalu, menyaksikan Ifwat Akmal teruk dikecam penyokong Lang Merah.

Menurut Aidil, tindakan itu bukan hukum@n tetapi lebih kepada mahu memberi ruang berehat kepada penjaga gol skuad B-23 negara itu dan dia akin penjaga gol itu akan kembali kepada prestasi terbaiknya. Saya harus membantu Ifwat kerana semua orang tahu dia sudah banyak membantu pasukan sebelum ini ketika di final pada musim lalu.Jadi, kena beri ruang kepada dirinya untuk berehat seketika dan saya kena ingatkan satu aksi buruk bukan bermakna dia adalah seorang penjaga gol yang teruk.

Saya mahu dia kembali bangkit selepas ini dan bersedia bagi hadapi perlawnan seterusnya pada penghujung minggu nanti iaitu berdepan Selangor, katanya.Ketiadaan Ifwat bermakna Muhd Azri Ghani bakal mengemudi gawang Kedah berdepan dalam aksi menent@ng UiTM memandangkan penjaga gol kedua Shahril Shaari masih dalam penggantvngan perlawanan. Foto : Ajmad Taufiq/gawang.my