Ini bukan Caranya

PEMAIN profesional Liga Malaysia harus mengikut saluran yang betul jika mahu membawa kes tuntutan gaji ke peringkat atasan berbanding meluahkan di media sosial kerana ini akan mengeruhkan lagi keadaan.Pengarah Urusan Estrada Sports Agency Mohd Alif Azilan yang juga ejen berpengalaman di Liga M berkata, pihaknya ada menerima pertanyaan daripada kalangan pemain profesional meminta panduan tindakan yang perlu diambil berhubung !su tunggakan gaji dihadapi mereka.

Melaui pengalaman, dalam isu tunggakan gaji ini, saya sentiasa menasihati pemain agar tidak mengikut emosi dengan meluahkannya di media sosial, sebaliknya melalui saluran yang betul seperti aduan kepada pihak Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia .Kita sedia maklum suasana ekonomi suram akibat Covid-19 memberi kesan langsung kepada kelab atau pasukan dalam bab melangsaikan gaji. Pemain juga tetap mempunyai hak mereka untuk menyuarakan isu tunggakan gaji ini.

Sebagai pengantara antara pemain dan kelab, adalah menjadi tanggungjawab saya memberi khidmat nasihat agar segala proses yang akan dibuat nanti mengikuti saluran undang-undang dan menuruti apa yang termaktub dalam kontrak kedua-dua belah pihak, katanya.Mohd Alif Azilan juga berkata, pihak kelab atau pasukan juga harus bersedia menjelaskan isu sebenar yang sedang dihadapi kepada semua pemain terbabit tanpa ada menyembunyikan apa-apa.

Jangan bagi mereka tertunggu-tunggu dan kelab perlu berterus terang kepada pemain berkaitan tempoh dan jangka masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi agar semua pemain memahaminya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kelab menjelaskan gaji setiap bulan kerana jika lewat dibayar sekalipun, gaji pemain tetap wajib dibayar.Sebab itulah perbincangan kedua-dua belah pihak perlu disegerakan bagi mengelak keadaan lebih sukar, katanya.

sumber:HM