Indonesia Akan Dapat Sentuhan Jurulatih Korea Selatan

Persatuan Se pak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini mengumumkan Shin Tae-yong sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia dengan kontrak jangka panjang selama 4 tahun.

Bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan itu akan menggantikan tempat Simon McMenemy dan tugas pertamanya bermula pada tahun depan bagi menghadapi baki perlawnan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tae-yong juga dijangka akan membawa barisan kejurulatihan sendiri yang terdiri daripada jurulatih kecergasan dan jurulatih penjaga gol.

Antara pencapaian terbaik Tae-yong sebagai jurulatih ialah membawa Seongnam Iilhwa muncul sebagai juara AFC Champions League pada tahun 2010 dan membantu Korea Selatan menjuarai kejohanan EAFF pada tahun 2017.

Beliau juga pernah mencipta kejutan ketika membimbing Korea dalam kejohanan Piala Dunia 2018 apabila menewaskan Jerman, 2-0.

Indonesia kini menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa sebarang mata selepas tewas dalam 5 perlawnan.

Mereka tekad bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawnan menentng Thailand di Bangkok pada bulan Mac 2020.