Indonesia Adalah Lawan Paling Menyak!tkan Hati – Park Hang-seo

“Mereka adalah pasukan yang paling menyak!tkan hati dalam Sukan SEA kali ini,” tutur pengendali Vietnam, Park Hang-seo kepada pihak media mengenai pasukan Indonesia yang bakal ditent@nginya di pentas final pada Selasa (esok).

Apa yang dimaksudkannya adalah, Indonesia memiliki barisan pemain yang bagus, baik di kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan dan layak untuk berada di pentas akhir.

“Pemain utama dan simpanan mereka memiliki kualiti yang hampir sama. Mereka sangat layak untuk berada di perlawanan akhir.

“Kami sangat memahami b0la sep@k Indonesia. Sebelum ini, kami pernah men3waskan mereka di kelayakan Piala Dunia dan juga di kelayakan Kej0hanan AFC B-23,” tambahnya yang turut berjaya men3waskan Garvda Muda dalam @ksi kumpulan tempohari.

Vietnam menang 2-1 dalam aksi ketiga Kumpulan B hasil jaringan saat akhir pemain tengah, Nguyen Hoang Duc. Sebelum itu, Naga Emas ketinggalan seawal minit ke-23 menerusi jaringan Sani Rizky sebelum Nguyen Thanh Chung menyamakan kedudukan.

“Dalam aksi penentuan nanti, saya amat berharap yang Vietnam akan men3waskan Indonesia sekali lagi untuk meraih pingat emas,” ujarnya yang setakat ini belum pernah t3was kepada seteru Asia Tenggara sepanjang 25 perlawanan men3ntang pasukan ASEAN.

Vietnam berisiko kehilangan seorang lagi tonggak selepas Nguyen Quang Hai dihantar pulang apabila penjaring enam gol, Nguyen Tien Linh pula dilaporkan mengalami kec3deraan ringan.

“Dia [Nguyen Tien Linh] nampak tidak gembira apabila ditukarkan kerana masih mahu bermain. Tetapi saya perlu buat pertukaran tersebut,” jelas Park Hang-seo yang akan merujuk kepada pegawai perubatan pasukan mengenai situasi dan keadaan pemain itu.

“Kami akan bertemu Indonesia untuk membvrv kejayaan selepas 60 tahun menanti. Kami semua memahaminya [impian penyok0ng] dan akan melakukan yang terbaik nanti,” tekad pengendali itu mengenai kejuaraan yang tidak kunjung tiba buat Vietnam.

Sejak Sukan SEA mula dianjurkan pada tahun 1959 di Bangkok, Vietnam belum pernah menjuarainya atas nama Vietnam tetapi memenanginya atas nama Vietnam Selatan pada edisi pertama.

Kali terakhir Vietnam melangkah ke final adalah pada edisi 2009, 10 tahun lalu, namun dikec3wakan oleh Malaysia apabila t3was 0-1, hasil jaringan sendiri pertah@nan, lima minit menuju wisel penamat.