Impian Safuwan Dari Kecil

Pemain import Selangor dari Singapura, Safuwan Baharudin memberitahu bermain untuk Selangor adalah impiannya sejak kecil.

“Selangor adalah antara pasukan paling berjaya pada tahun 90-an, ketika itu saya masih kecil dan membesar di zaman Selangor muncul kuasa besar bolasepak Malaysia, menjulang hatrik Piala Malaysia (1995, 96, 97).

“Saya selalu menyaksikan Selangor bermain, ketika itu ada Dollah Salleh, Azman Adnan dan ramai lagi. Mereka pasukan yang penuh dengan sejarah dan saya mahu membantu mereka kembali ke zaman kegemilangan itu,” kata Safuwan dipetik dari Stadium Astro.