Imp0rt Kelantan FA Angkat Kaki

Pemain import Korea Selatan, Kang Seung-jo mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad The Red Warr!ors dan kembali ke negaranya dengan menyertai Gyeongnam FC.

Seung-jo mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula 2018 lalu dengan menyarung jersi pasukan Pulau Pinang. Pemain berusia 34 tahun itu menghabiskan dua musim bersama Penang sebelum berhijrah ke Kelantan.

Namun, aksi Seung-jo bersama Kelantan musim ini terhad kerana Liga Malaysia terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak C0r0nav!rus (C0V!D-19).

Setelah tidak beraksi selama lebih empat bulan, Kang Seung-jo memutuskan untuk kembali ke negara beliau dengan menyertai Gyeongnam sekaligus dapat kembali beraksi secara kompetitif.

SUMBER:vocketfc

Selain itu, masalah kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini dilihat menjadi salah satu faktor Seung-jo men!nggalkan pasukan itu.