Ifwat Terima Rawatan

Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim tampak terpaksa melupakan aks! bertemu Sabah, Isnin ini susulan keced3raan bahu yang dialaminya ketika menent@ng FELDA United, minggu lalu.

Bagaimanapun, penjaga gol berusia 24 tahun itu tetap bersyukur apabila doktor mengesahkan dia tidak berdepan keced3raan serius dan hanya terkehel di bahagian bahu namun perlu berehat terlebih dahulu buat masa ini.Saya sudah beransur pulih cuma masih merasai kesak!tan dan belum lagi mampu untuk beraksi. Pada mulanya, memang rasa begitu sakit tetapi sekarang sudah bertambah baik.

Saya bersyukur kerana tiada apa yang patah apabila cuma terkehel dan perlukan rehat. Jadi, mungkin saya akan direhatkan pada perlawnan menent@ng Sabah nanti,” katanya.

Terdahulu, penjaga gol kebangsaan itu mengalami keced3raan terbabit apabila mel@nggar tiang gol selepas cuba menyelamatkan tandvkan pemain FELDA United, Syahmi Zahari pada minit ke-44.

Dengan ketiadaan Ifwat ketika ini, pengendali skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak tampak perlu melakukan perubahan dan memberikan kepercayaan kepada seorang lagi penjaga gol, Shahril Sa’ari bagi pertembungan minggu ini.

Dengan saingan hanya berbaki empat perlawnan lagi, Ifwat sudah pasti mengharapkan dia mampu untuk kembali cergas sepenuhnya sebelum Liga Super berakhir, bulan depan.

sumber:BH

Sebagai rekod, Kedah ketika ini sedang berada dalam prestasi terbaik dan kemenangan 2-1 ke atas skuad The Fighters membolehkan mereka menghimpun 13 mata sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Super