Ia satu penghormatan

Bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menganggap dirinya bertuah apabila berjaya membantu skuad bergelar H@rimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut pada musim pertama.

Pun begitu, beliau enggan mendabik dada sebaliknya menegaskan kejayaan berpasukan yang sudah ada dalam skuad itu memainkan peranan penting bagi merealisasikan sasaran merangkul kejuaraan liga d0mestik.

Bekas pemain Pahang itu bagaimanapun agak terkilan apabila terlepas lima perlawnan liga ak!bat mengalami kecedraan ketika menent@ng FELDA United, 14 Mac lalu sebelum saingan liga ditangguhkan akibat pandemik C0-V!D-19.

Ini adalah @ksi pertama selepas saya berehat agak panjang akibat kecedraan. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain JDT yang beraksi k0nsisten sepanjang ketiadaan saya dalam skuad.

Ia satu penghormatan kepada saya apabila berada dalam pasukan JDT yang merupakan juara liga buat kali ketujuh berturut-turut. Realitinya amat sukar mengecapi kejayaan tanpa dorongan kuat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang begitu ambil berat terhadap setiap pemain, katanya.

Ditanya sama ada keputusan menyertai skuad H@rimau Selatan memberi bebanan kepadanya memandangkan pasukan itu meletakkan sasaran tinggi dalam kancah bola sepak Liga Malaysia Liga M pada musim ini, beliau berkata: Bebanan tetap ada namun tidak begitu ketara.

Apa yang perlu dilakukan adalah memberi sepenuh k0mitmen terhadap skuad H@rimau Selatan yang mempunyai falsafah bola sepak tersusun dan s!stematik.

Sebagai pemain profesional, saya harus sahut cabaran itu dan terbukti setiap pemain mahukan kemenangan pada aksi terakhir di laman sendiri dan kami kotakan janji itu, katanya.

sumber:BH