Ia pasti sesuatu yang pelik – Faris Ramli

PEMAIN import Terengganu FC kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli berpendapat Liga Malaysia musim ini lebih mencabar.Pemain sayap skuad Penyu itu berkata demikian sekiranya Liga M yang dijangka bakal disambung semula pada September depan selama sebulan, menjadi kenyataan.Selain itu pemain kebangsaan Singapura itu turut mengakui persaingan untuk merebut trofi Liga Super dan Piala Malaysia pasti lebih sengit berbanding sebelum ini susulan dunia termasuk Malaysia berdepan pandemik Covid-19.

Dalam masa sama dia akui tidak sabar untuk turun beraksi selepas agak lama berehat sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama bermula 18 Mac lalu manakala Liga M ditangguhkan mulai 16 Mac lalu.Pendapat saya liga M ini akan jadi lebih mencabar, pasukan yang terbaik pasti akan memberikan lebih 110 peratus dalam setiap perlawnan dilalui.Ini kerana semua pasukan tahu mereka mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan, lebih-lebih lagi liga hanya berbaki tujuh perlawanan lagi.

Maka setiap mata amat penting buat pasukan untuk memburu kejuaraan kerana ia bakal menjanjikan persaingan yang menarik dan sengit.Harapan saya semoga kita akan segera mendapat ‘lampu hijau’ untuk bermain semula pada September nanti biarpuan hanya satu pusingan.Lagipun saya percaya ramai peminat pasti ternanti-nanti liga kembali bersambung, malah pemain juga tidak sabar untuk beraksi semula.Ia pasti sesuatu yang pelik, tetapi masih menjanjikan musim liga yang menarik kerana kali pertama dalam sejarah situasi sebegini berlaku.

Mengenai latihan pula, saya tetap mengikut jadual yang diberikan jurulatih bagi mengekalkan stamina selain sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja apabila dipanggil pasukan, kata bekas pemain kelab Hougang United FC di Liga Singapura itu.Sebelum ini MFL bercadang untuk menyambung semula Liga Super dan Liga Perdana selama sebulan tanpa penonton bermula 1 hingga 27 September 2020 manakala Piala Malaysia bermula 17 Oktober.Bagaimanapun Piala FA dan Piala Cabaran terpaksa ‘dikorbankan’ berikutan kesuntukan.

Sumber:HM