Hutang Felda Utd Terlalu Banyak

Felda United antara pasukan yang diketahui menanggung hvtang tinggi dan mempunyai tunggakan gaji yang belum diselesaikan menuju ke musim baru Liga Malaysia.

Antara hvtang mereka adalah tunggakan gaji yang perlu dibayar kepada bekas ketua jurvlatih B.Sathianathan serta beberapa pemain seperti Wan Zack Haikal, Shukor Adan, Hadin Azman, Syamim Yahya, Farizal Harun dan ramai lagi yang mencecah jutaan ringgit.

Begitupun Setiausaha Agungnya Afizal Abu Othman menjelaskan Felda Utd sebenarnya telah mula membuat pembayaran tunggakan dengan menggunakan dana sendiri sejak bulan Disember dan diyakini semuanya akan selesai sebelum berakhir bulan Januari 2020.

“Kami tidak cuba menjadikan tidak dapat bayaran hak penyiaran sebagai alasan untuk tidak bayar hvtang dan telah membayarnya guna dana sendiri. Kita akan mulakan musim 2020 dari sifar hutang,” kata Afizal.

Apa yang dilakukan oleh Felda Utd perlu menjadi contoh kepada pasukan lain, ada pasukan rancak berbelanja untuk musim baru tetapi bila disentuh topik hutang, mereka terus memberikan alasan tak dapat bayar sebab MFL tak bagi duit hak penyiaran.

sumber:labolamalaya