Hudson-Odoi keluar padang jika dipanggil ‘syaitan’

LONDON: Callum Hudson-Odoi menyokong cadangan untuk pemain meninggalkan padang jika berlakunya isu perkauman di padang bola.

Pemain sayap Chelsea itu turut mengalami gangguan berbaur perkauman pada permulaan saingan Three Lions di Montenegro pada Mei lalu apabila dia dipanggil ‘syaitan’.

Pemain berumur 18 tahun itu berharap dapat disenaraikan bagi skuad Euro 2020 bimbingan Gareth Southgate apabila dia baru sahaja kembali daripada kecederaan Achilles pada musim lalu.

Hudson-Odoi menjaringkan dua gol ketika kemenangan 5-1 bagi pasukan bawah 21 tahun England menentang Austria dan berkata dia berbangga dengan setiakawan yang ditunjukkan pemain senior dan pegawai kejurulatihan apabila ditanya tentang kejadian di Bulgaria.

“Ia adalah meluatkan untuk melihat atau menyaksikan pemain didiskriminasi sekali lagi,” katanya.

“Ini bukanlah perkara yang betul. Saya katakan kepada diri sendiri apabila ia terjadi, anda perlu bersatu sebagai satu pasukan, yang mana sudah dilakukan pemain.

“Saya berbangga  melihat pemain bersatu hati dalam situasi sebegitu di mana mereka katakan akan keluar padang. Ini adalah tindakan yang betul kerana tiada pemain sepatutnya dilayan berbeza.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *