Hodak Sambar Bekas Pertahanan Perak Sertai Liga 1 Indonesia

Bekas pertah@nan import Perak, Hussein El Dor sah menyertai PSM Makassar iaitu skuad bimbingan Bojan Hodak yang beraksi di Liga 1 Indonesia.

Pertahanan kelahiran Lubnan berusia 25 tahun itu diperkenalkan secara rasmi menerusi laman sosial pasukan tersebut pada jumaat lalu sekaligus menyaksikan dia memasuki tahun ke-2 beraksi di rantau asia tenggara.

“Sangat gembira untuk membuka helaian dan cabaran baharu bersama PSM Makassar. Saya akan berikan segala-galanya dan bekerja untuk sama-sama berjaya bersama kelab yang hebat ini serta para penyokong.” katanya selepas diperkenalkan oleh pasukan berpengkalan di selatan Sulawesi.

Pasukan Perak menjadi pasukan pertama yang diwakilinya di rantau asia tenggara. Hussein di bawa masuk oleh ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic pada jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia sekitar mei tahun lalu.

Dia hadir menggantikan pertahanan import Australia, Zac Anderson yang dikatakan cede ra dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Sepanjang beraksi bersama Perak, Hussein telah membantu The Bos Gaurus meraih status naib juara Piala FA dan menduduki tangga ke-5 Liga Super serta mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Foto: Perak TBG