Hebat Isteri dan buah hati bintang bola sepak terkenal

Marcus Rashford bukanlah satu-satunya pemain bola yang memiliki pasangan yang bijak.Bintang Manchester United itu pasti berbangga selepas kekasihnya, Lucia Loi menamatkan pengajian minggu ini dengan ijazah sarjana muda kelas pertama. Dia menjadi ‘ahli kumpulan’ wanita berjaya dan menandingi pasangan mereka yang mencipta nama dalam bola sepak.Berikut adalah antara isteri dan teman wanita (WAG) pemain bola sepak terkenal yang cemerlang dalam pembelajaran dan sentiasa bekerja keras.

Megan Davison (isteri kepada Jordan Pickford) Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Kanak-Kanak dan penjaga gol England itu bertemu isterinya di Sekolah Menengah St Robert of Newminster RC di Washington, Tyne and Wear ketika berusia 14 tahun. Megan kemudiannya menamatkan pengajian di Universiti Sunderland pada 2017 dan melahirkan anak lelaki, Arlo pada Februari tahun lalu.

Fern Hawkins (tunang kepada Harry Maguire) Dia memiliki Ijazah Sains dan Psikoterapi dan kedua dua mereka sudah berjanji temu sejak remaja di Sheffield. Dia berkongsi minat bersama Maguire dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama pada 2017. Anak pertama mereka, Lillie Saint dilahirkan pada April 2019 dan disusuli anak kedua, Piper Rose pada Mei lalu.

Kaya Hall (isteri kepada Phil Jones) Dia memiliki Ijazah Perniagaan dan Pengurusan. Dia mempertahankan suaminya yang dikrit!k selepas menyertai Manchester United. Ketika peny0kong Rovers menyatakan di Twitter bahawa Phil Jones tidak lagi dialu alukan di Blackburn, dia membalas ‘cukup baik kerana dia tidak lagi tinggal berdekatan bandar anda!’ Pada 2015, dia membantu jururawat selepas doktor pasukan mendapati terdapat darah beku di betis pertah@nan itu.

Lucia Loi (teman wanita Marcus Rashford) Dia memiliki Ijazah dalam Pengiklanan dan Pengurus Jenama. Dia menamatkan pengajian selepas tiga tahun di Universiti Manchester Metropolitan. Kelayakan dan gred yang dimilikinya memberi peluang cerah untuk dia mencipta kerjaya dalam bidang perhubungan awam ataupun media. Marcus dan Lucia yang kedua duanya berusia 22 tahun mula berjanji temu sejak dari zaman persekolahan.

Monique Salum (isteri kepada Fred) Dia memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan K!mia. Ketinggiannya menjadi aset utama di mana susuk tubuhnya mengatasi ketinggian Fred. Wanita berusia 29 tahun ini bekerja sebagai jurutera k!mia di Pusat Pembangunan Teknologi Nvklear Rio de Janeiro.

Dr Natalia Loewe (isteri Alisson Becker) Dia adalah doktor dan menjadi duta Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan penjaga gol Liverpool itu bertemu Natalia ketika dia sedang belajar pada 2012. Mereka berkahwin pada 2015 dan memiliki anak perempuan berusia tiga tahun, Helena dan anak lelaki berusia setahun, Matteo. Natalia, 28, memiliki 251,000 pengikut di Instagramnya dan dia menggunakan platform itu untuk berkongsi mengenai kesihatan.

Magi Salah (isteri kepada Mohamed Salah). - Foto thesun

Magi Salah (isteri kepada Mohamed Salah) Dia memiliki Ijazah sarjana muda perniagaan dari Alexandria, Mesir dan kini bekerja sebagai pakar b!oteknologi. Magi bertemu pemain sayap Liverpool itu ketika mereka bersekolah di Basioun yang terletak di wilayah Gharbia. Mereka berkahwin pada 2013 dan dikurniakan anak perempuan berusia enam tahun, Makka.

Dr Vera Ribeiro (isteri kepada Rui Patricio) Dia adalah pakar psikologi dan pakar terapi s3ks dan ketika Piala Dunia 2018, dia menggesa jurulatih Portugal supaya membenarkan pemainnya beronani sebelum perlawnan bagi memastikan mereka kurang tekanan ketika ber@ksi.Dia sudah pasti tahu apa yang diperkatakan kerana dia memiliki kelayakan sebagai pakar terapi s3ks dan ps!kologi. Dia turut menulis buku bertajuk ‘Manual untuk Mengg0da’ dan satu satu tips dalam buku itu adalah bermain kad – dan individu yang memiliki nombor yang kecil perlu menanggalkan pakaian mereka.

sumber:BH