Hebat dan sah bakal perkuat Kedah

Bakal beraksi di saingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan dan mahu cuba mer@mpas kejuaraan Liga Super daripada Johor Darul Ta’azim (JDT), Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) nampaknya melakukan perubahan bagi memperkuat pasukan.

KFA hari ini telah mengumumkan bahawa enam pemain tempatan dan dua pemain import akan menyertai pasukan Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 nanti.

Antara pemain yang diumumkan sudah menyatakan minat untuk menyertai Kedah, bergantung kepada laporan perubatan dan menunggu kontrak bersama pasukan lama tamat, adalah Shahril Saa’ri (penjaga gol, PDRM), Irfan Zakaria (pertahanan, Kuala Lumpur), Hadin Azman (pemain sayap, Felda United), Zulkhairi Zulkeply (pertahanan, UiTM FC), Jafri Firdaus Chew (Striker, PKNS FC) dan pemain yang beraksi di Jepun, Tam Sheang Tsung. Pengumuman yang pastinya paling mengujakan buat penyokong Kedah pastinya adalah kehadiran dua striker import berb!sa Liga Super, Kpah Sherman (PKNS FC) dan Kipre Tchetche (Terengganu FC) untuk menambah ket@jaman di bahagian s3rangan.

Kedah juga telah mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak 10 orang pemain musim 2019 seperti Fernando Rodriguez, Jonathan Baumann, David Edgar, Syahrul Azwari, Shahrul Igwan, Ramadhan Hamid, Asri Marzuki, Syawal Nordin termasuk Abdul Hadi Abdul Hamid yang diangkat menjadi pembantu jurulatih penjaga gol.

Dengan barisan pemain sedia ada seperti Renan Alves, Shakir Hamzah, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Zaquan Adha dan ramai lagi, ditambah pula dengan barisan pemain baru yang bakal menyertai Kedah, nampaknya Lang Merah akan menjadi pencab@r kuat untuk merebut kejuaraan pada musim hadapan. Sekarang bergantung kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *