Hatrik Kane bantu England kenduri go

HARRY Kane mel3dak hatrik babak pertama ketika England menempah tiket ke pusingan akhir Euro 2020 sebagai juara kumpulan selepas memb3lasah Montenegro 7-0 di London, awal pagi tadi.

England mendahului Kumpulan A dengan 18 mata dan berbaki satu perlawanan. Aksi separuh akhir dan final pusingan akhir kejohanan tahun depan akan diadakan di Stadium Wembley.

Montenegro, terikat tiga mata dengan Bulgaria di tangga tercorot, tidak banyak menguji keupayaan anak buah Gareth Southgate bagi kejohanan itu yang bermula Jun depan, namun jumlah 33 gol England daripada tujuh perlawanan jelas membuktikan kehebatan mereka di bahagian s3rangan.

“Kami memenangi kumpulan yang patut kami kuasai tapi kami memenanginya dengan selesa dan kami menemui cara bermain men3ntang pasukan bawahan yang lebih kerap bertahan,” kata Southgate.

“Kami menemui cara bagaimana untuk mem3cah benteng mereka, yang mana mungkin sebelum ini kami gagal,” ujarnya.

Southgate sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pemain remaja, dengan purata usia kesebelasan utama 23 tahun 255 hari, pasukan termuda Three Li0ns sejak 1959.

Alex Oxlade-Chamberlain, kariernya bersama pasukan kebangsaan terjejas kerana kec3deraan, meletakkan England di depan pada minit ke-11, mer3mbat leret ke penjuru gol selepas menyambut hantaran lambung pertahanan kiri Ben Chilwell.

Pemain Leicester City, Chilwell mencipta gol kedua tujuh minit kemudian menerusi s3pakan percuma yang ditandvk masuk Kane. Kane kemudian menanduk masuk gol ketiga susulan s3pakan sudut Chilwell.

Striker Manchester United, Marcus Rashford mer3mbat masuk gol keempat selepas penjaga gol Montenegro, Milan Mijatovic menvmbuk keluar tandvkan Harry Maguire.

Kane melengkapkan hatriknya pada minit ke-37 dengan pusingan badan yang mengel!rukan sebelum mer3mbat leret ke penjuru bawah gol ketika England mendahului 5-0 sebelum rehat.

“Kami kalah sekali dalam kumpulan sebelum ini tapi berjaya bangk!t. Melaksanakan tugas dengan baik dan mahu mempamerkan sesuatu pada perlawanan antarabangsa ke-1,000 kami dan dengan lima gol pada babak pertama saya fikir kami berjaya menyempurnakannya,” kata Kane, yang melonjak ke tangga kelima dalam senarai penjaring terbanyak England sepanjang zaman.

Jaringan Mason Mount dibatalkan kerana ofsaid namun gol sendiri Aleksandar Sofranac menjadikan kedudukan 6-0 selepas pergelutan dalam kotak penalti.

Pemain gantian Tammy Abraham meraih gol pertamanya bersama England enam minit sebelum tamat apabila menampan masuk hantaran leret Jadon Sancho dari jarak dekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *