Harimau Malaya Perlu Banyak Safawi

Bekas pemain bolasepak negara, Datuk Jamal Nasir mahukan lebih ramai pemain berkualiti setanding Safawi Rasid dihasilkan.

Dalam laporan Berita Harian, beliau mahu lebih ramai pemain seperti Safawi kerana kualiti yang ada pada beliau menjadikan pemain itu sebagai tonggak tempatan terbaik negara kita ini.

“Hanya Safawi Rasid sahaja yang ada kualiti tinggi ketika ini. Yang lain masih lagi jauh ketinggalan, termasuklah Akhyar Rashid.”

“Pemain perlu lebih bekerja keras dan juga tidak mudah putus asa selepas pemain naturalisasi dibawa masuk.”

Menurut Jamal lagi, dengan adanya kehadiran pemain naturalisasi seperti Liridon Krasniqi dan juga Mahmadou Sumareh diharap ianya dapat membantu skuad negara mencapai keputusan yang positif di peringkat antarabangsa.

Akan tetapi, Jamal berharap tindakan mengambil pemain naturalisasi ini hanyalah bersifat sementara bagi memperoleh keputusan jangka pendek dan bukannya untuk selamanya.

“Bagi jangka panjang, kita perlu berikan pendedahan kepada pemain muda supaya nanti apabila tiba masanya, kita tidak lagi perlu untuk bergantung kepada pemain naturalisasi lagi.”

Sumber : vocketfc