Hari ini hari saya, esok lusa giliran Kpah pula – Tchetche Kipre

Penye rang Ivory Coast, Tchetche Kipre mencipta sensasi dalam aksi debutnya bersama Kedah dengan mele dak hatrik dalam aksi peringkat kelayakan pusingan 2 Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 ketika menen tang Tai Po FC.

Mungkin tuah menyebelahinya untuk menjaringkan tiga gol pada malam tadi tetapi Tchetche menegaskan ianya hasil permainan berpasukan dan dia hanya menjalankan tugas untuk menyudahkan setiap peluang yang terhidang.

Kemungkinan pada perlawnan akan datang pemain-pemain lain seperti Kpah Sherman mahupun Zaquan Adha pula akan meraih peluang sebegitu dan menempa nama selaku penjaring gol.

“Saya sangat gembira (kerana) kita bermain sebagai sebuah pasukan dan berusaha (gigih) untuk menye rang setiap kali mendapat bola,” katanya dalam sidang media selepas perlawnan.

Foto: FA Kedah

Tchetche yang melengkapkan penghijrahan daripada Terengganu FC membuatkan 19,803 penyokong di Stadium Darul Aman gegak gempita menerusi rembatan cantik ‘half volley’ seawal minit ke-3 permainan.

Penye rang berusia 32 tahun itu berkata gol rembatan dari luar kotak sebegitu seringkali dilakukannya bersama Kpah Sherman ketika sesi latihan. Namun dia sama sekali tidak menjangkakan ianya berhasil menerjah gawang ketika perlawnan semalam.

“Saya tidak menjangkakan dapat menjaringkan gol sebegini, seperti yang anda lihat Kpah (Sherman) yang mengumpan bola, seperti ketika dalam sesi latihan dan saya cuba menjaringkan gol dari jauh. 

“Saya lihat saya berada dalam kedudukan terbaik untuk melepaskan rembatan dan saya nampak bola terus menerjah jaring. Saya hanya lakukan yang terbaik dan bola itu masuk.” tambahnya lagi.

Selain daripada Tchetche Kipre, Kedah turut mendapat sumbangan dua gol juga daripada penye rang baharunya, Hadin Azman sekaligus menamatkan perlawnan dengan kemenangan besar 5-1.

Foto: FA Kedah