Harap Park Hang Seo Sudi

Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) berharap ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Park Hang-seo sudi untuk memotong sebahagian kecil gajinya jika aksi antarabangsa terus ditangguhkan kerana penul@ran wabak Cor0navirus (C0VID-19).Menurut VFF, mereka buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memotong gaji Hang-seo. Akan tetapi, jika saingan bola sepak terus digantung, maka mereka mahu budi bicara pengendali dari Korea Selatan itu berkenaan gaji yang diterima.

Ketika ini, kami tidak mempunyai perancangan untuk mem0tong gaji Hang-seo. Akan tetapi, jika perlawanan bola sepak terus ditangguhkan, kami akan mempertimbangkan perkara ini.Kami harap Hang-seo sudi sekiranya kami mengambil keputusan tersebut,kata VFF.

Kaedah pemot0ngan gaji telah dilaksanakan oleh beberapa pasukan terkemuka dunia dan juga pasukan di rantau Asia bagi memastikan pasukan tetap stabil ketika tiada sebarang aksi bola sepak dilangsungkan.Di Malaysia, Johor Darul Ta’zim dan UKM FC menjadi antara pasukan yang mem0tong gaji pemain selain dua badan iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang akan memot0ng gaji kakitangan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 14 April ini dilanjutkan.