Jangan Tipu Penyokong,Saya Hanya Mahu Bela Nasib Pemain – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim , Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan kelabnya setelah menerima kecaman daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah KFA, Asmirul Anuar Aris.Menerusi laman Instagram Story miliknya, Tunku Ismail menegaskan beliau hanya mahu membela nasib pemain bola sepak dalam negara yang telah bekerja keras setiap tahun. Yang mengadu pemain Kedah FA juga. Saya bersuara untuk semua pemain di dalam negara yang sudah lama menjadi mangsa janji kosong orang politik yang menguruskan bola sepak demi kepentingan peribadi.Gaji lambat bukan sebelum COVID-19. Duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat, hanya dibayar sebelum perlawnan Piala Sumbangsih.Pemain Kedah FA sendiri yang bercerita. Striker penye rang import Kedah FA pun mengadu kepada pemain saya, tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris bersama kenyataan itu.

TMJ

Sebelum ini, TMJ menggesa agar pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang agar menyelesaikan tunggakan gaji pemain sebelum menjalankan kaedah pemotongan gaji.Akan tetapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ ini tidak disenangi Asmirul Anuar Aris dimana beliau mempersoalkan mengapa JDT ikut campur dalam urusan pengurusan pasukan lain.Saya juga mempersoalkan kewajaran JDT untuk campur tangan dalam pengurusan badan gabungan seolah melangkaui FAM?Untuk apa tujuan menggembar gembur di dalam media ketika negara gawat dengan wabak COVID19?, kata Asmirul menerusi laman media sosial Facebook miliknya.

Assalammualaikum..Sekali lagi saya di hujani dengan persoalan berhubung pembayaran gaji pemain melalui media massa…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Tuesday, April 14, 2020

Mengikut salah seorang sumber terdekat kelab yang memberitahu Vocket FC, KFA baru sahaja menyelesaikan bayaran setengah bulan gaji kepada pemain. Ini bermakna KFA masih lagi berhutang dua bulan setengah gaji kepada pemain. sumber:vockerfc