Haiqal Hanafi dedah rahsia utama kejayaannya

Rahsia utama kejayaan yang diraih diraih oleh Muhammad Haiqal Hanafi dalam acara pecut 100 meter lelaki adalah S0lat lima waktu, S0lat hajat sebelum tidur dan sentiasa berdoa kepada Allah. Ketika ditanya wartawan Nadi Arena selepas mencatatkan kemenangan penuh bersejarah yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, Haiqal Hanafi telah mendedahkan bawah s0lat dan doa kunci kejayaan beliau.

“Rahsia kejayaan saya, s0lat lima waktu, s0lat hajat sebelum tidur dan banyakkan berdoa kepada Allah mintak izin bagi murah rezeki, bagi kemenangan pada malam ni.” Perkataan Alhamdulillah juga tidak lekang dari bibir Raja Pecut Asia Tenggara ini yang nyata memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan ini. “Alhamdulillah, syukur, terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, jurulatih dan semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan saya. Kejayaan ini untuk anda Malaysia.” “Kekalahan dalam saringan pertama bukanlah tekanan kerana fokus saya hanya untuk ke final. Alhamdulillah, saya membuktikannya dalam final.” Muhammad Haiqal Hanafi berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam acara lari pecut 100 meter lelaki yang sebelum ini menjadi milik Khairul Hafiz Jantan apabila menjadi Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu. Stadium Olahraga New Clark City, menyaksikan Muhammad Haiqal Hanafi muncul juara acara lari pecut 100 meter dengan satu kemenangan yang selesa dengan catatan masa 10.35 saat. Permulaan dan lonjakkan yang begitu baik daripada Muhammad Haiqal Hanafi ketika memulakan perlumbaan sebelum beliau meneruskan momentum larian meninggalkan pelari lain dengan begitu selesa. Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Khairul Hafiz Jantan tidak dapat mempertahankan gelarannya tahun ini apabila tidak melepasi had kelayakan selepas kembali daripada kecederaan panjang.