GULM Suruh KFA Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Kelab penyokong Kedah melalui Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) menaruh keyakinan terhadap kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melalui Presiden baharunya, Muhammad Sanusi Md Nor dalam menyelesaikan kemelut gaji yang sedang dihadapi Lang Merah.

Jurucakap GULM, Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, kesudian Menteri Besar Kedah itu menerima jawatan panas di dalam KFA jelas menggembirakan penyokong setia Kedah yang mahu melihat pasukan kesayangan kembali bangkit gar@ng dalam saingan Liga Malaysia.

Menurutnya, kehadiran legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din sebagai Naib Presiden juga diharapkan mampu memacu pengurusan KFA ke arah lebih profesional kerana pengalaman luasnya sebagai bekas pemain dan jurulatih dapat membantu persatuan membuat keputusan lebih baik.GULM mengucapkan tahniah kepada Presiden dan Naib Presiden baharu KFA dan berharap agar pelantikan ini akan dapat membantu pasukan untuk kembali bersemangat memberikan saingan.

“Kelab-kelab penyokong Kedah berharap !su-!su seperti tunggakan gaji ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Selepas ini GULM mahu KFA dapat segera mencari penaja baharu selain merangka pelan jangka masa panjang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Bola sepak Jaguh Utara berkata, KFA perlu berbelanja berdasarkan kemampuan yang ada selain mengukur baju di badan sendiri.

Jelasnya, kemelut yang berlaku sebelum ini perlu menjadi pengajaran kepada barisan kepimpinan persatuan untuk membuat pilihan terbaik agar ia tidak terus membebankan KFA pada masa akan datang.

sumber:SH

“Dalam tempoh beberapa bulan ini, banyak !su-!su yang berbangkit disebabkan oleh masalah gaji ini. Hal ini secara tidak langsung bakal mengurangkan keyakinan pemain untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya lagi.