Goyang Kepada Malaysia, Ini Plan B Vietnam

Wakil Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh ZingNews menyatakan bahawa pemain-pemain naturalisasi atau kacvkan akan ditambah menganggotai skuad negara itu dalam baki 3 perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2022.

Perkongsian berkenaan perkara itu telah dibuat oleh Setiausaha Agung VFF, Le Hoai Anh dimana beliau menyebut bahawa mereka sebenarnya tahu mengenai aktiviti naturalisasi yang dilakukan oleh pasukan kebangsaan Malaysia yang juga merupakan lawan pertama mereka apabila pusingan kelayakan disambung Oktober nanti.

Bertindak dari beberapa maklumat yang diperolehi mengenai skuad Malaysia, VFF merancang untuk menambah kekuatan pasukan menggunakan pemain-pemain naturalisasi atau kacvkan bagi mengimbangi kekuatan Malaysia.

Sebelum ini, VFF beberapa kali dilaporkan akan membawa pemain kacukan Vietnam-Republik Czech yang beraksi diposisi penjaga gol dan kini proses dokumentasi beliau sedang diuruskan dan berdasarkan maklumat terkini semuanya akan selesai sebelum perlawanan bertemu Malaysia.

Dengan tempoh persiapan yang semakin singkat, Vietnam dilihat sudah kalut untuk mencari penyelesaian untuk bertemu Malaysia khususnya kerana tidak mahu melepaskan kedudukan selaku pendahulu kumpulan G bagi melayakkan diri ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Beberapa buah media tempatan mereka juga sebelum ini sudah mencipta bayangan skuad Malaysia yang akan diturunkan pada bulan Oktober nanti dengan sebahagian besarnya adalah terdiri daripada pemain-pemain kacvkan dan pemain naturalisasi selain tidak mengenepikan beberapa pemain tempatan lain.

Walaupun saingan bola sepak mereka sudah bersambung kembali, ramai pemain-pemain tonggak pasukan kebangsaan Vietnam mengalami kec3deraan yang serius atau gagal mempamerkan aksi seperti yang dimahukan oleh Park Hang-seo yang sedang cuba menggarap taktikal serta strategi baru disebabkan perancangan beliau selama ini sudah berjaya dibaca pihak lawan.

Semoga pemain-pemain Malaysia serta barisan kejurulatihan mampu melakukan persiapan rapi untuk mencari 3 mata penting bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia 2023.