Gol nasib atau hasil kerja keras sepasukan?

ALOR SETAR: Pemain sayap dan penyerang Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak menganggap gol penyelamat dihasilkannya pada minit terakhir perlawanan menetang Pahang malam tadi adalah hasil kerja keras pasukan. 

Jaringan dihasilkan Zaquan menyamakan kedudukan pasukannya 3-3 selepas ketinggalan ketika skuad Tok Gajah dilihat hampir memenangi perlawanan di depan 25,000 penyokong di Stadium Darul Aman.

“Saya bersyukur kerana dapat jaringkan gol pada minit terakhir perlawanan namun sebenarnya bukan saya penyelamat untuk pasukan, tetapi yang penting semua pemain bekerja keras sehingga minit terakhir dan tidak mudah menyerah kalah.

“Ini rezeki untuk saya menjaringkan gol pada minit terkhir dan saya rasa tugas berat menanti kami sebelum boleh melangkah ke final kerana kerana selepas ini kami akan bermain di tempat lawan,” katanya.

Katanya, jurulatih pasti akan membuat sesuatu untuk meningkatkan aspek pertahanan mahupun serangan kerana masih ada ruang buat pasukan itu ke final.

Ditanya mengenai posisi penyerang yang mungkin digemarinya pada setiap perlawanan, Zaquan berkata beliau tetap akan memberi aksi terbaik walau diletakkan bukan pada posisi penyerang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *