Giliran Vietnam sentap ego UAE

JARINGAN bintang Vietnam, Nguyen Tien Linh seminit sebelum tamat babak pertama memberikan kemenangan 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.

Kemenangan itu memberikan mereka tiga mata penting sekali gus melonjakkan mereka ke puncak Kumpulan G dengan 10 mata.

Tien Linh yang mendapat hantaran daripada Nguyen Quang Hai mel3dak r3mbatan k3ncang dari luar kotak penalti tanpa dapat dis3lamatkan penjaga gol UAE pada minit ke-44.

Lapan minit sebelum itu pelawat terpaksa beraksi sepuluh pemain apabila Khalifa Al Hammad dilayangkan kad merah selepas meng@sari Tien Linh.

Skuad Park Hang-seo kini menang tiga daripada empat perlawanan dan hanya keciciran mata ketika men3ntang Thailand pada September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *