Gara-gara β€˜leak’ LOTTO Malaysia nafi mahu tarik penajaan Kedah FA, serah bukti kepada peguam untuk t!ndakan lanjut

LOTTO Malaysia dimaklumkan bahawa pada 17hb Januari 2020 terdapat beberapa laporan melalui instrumen media sosial telah menyatakan bahawa LOTTO Malaysia akan menarik balik penajaan Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA) akibat penvlaran gambar- gambar yang digembar-gemburkan sebagai jersi KFA bagi Musim Liga Malaysia 2020.

LOTTO Malaysia mendapati terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai kesahihan berita bahawa gambar tersebut telah disebarluaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sungguhpun tiada kenyataan rasmi dari pihak LOTTO Malaysia mahupun KFA berkenaan jersi tersebut.

LOTTO Malaysia mengambil serius dan amat ke sal dengan penu laran gambar tersebut dan juga LOTTO Malaysia menafikan πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 yang disebarkan di laman media sosial berkaitan penarikan balik tajaan terhadap KFA.

LOTTO Malaysia telah pun memajukan bukti penu laran tersebut kepada Peguam Syarikat untuk memulakan sia satan dan tindakan perundangan dengan Pihak Berkuasa berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa LOTTO Malaysia terus komited untuk bersama-sama pengurusan KFA dan persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia bagi memulakan kempen bolasepak 2020 dan bersama-sama mencipta sejarah kejayaan yang penuh gemilang dan cemerlang.