Gandingan Kpah-Kipre jadi taruhan Kedah berdepan Tai Po FC

Gandingan dua pemain import baharu, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre menjadi taruhan utama buat Kedah untuk menewaskan wakil Hong Kong, Tai Po FC dalam kelayakan pusingan 2 Liga Juara-Juara AFC 2020.

Ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa duo penye rang benua afrika ini mampu menjelmakan kemenangan buat skuad Helang Merah sekaligus menempah tiket ke saingan play-off bertemu FC Seoul pada minggu depan.

Bagaimanapun, pengendali berusia 42 tahun ini memberi ingatan kepada anak-anak buahnya agar tidak memandang mudah dan leka akan pihak lawn walaupun Tai Po FC tewas dalam tiga aksi terakhir mereka dalam saingan Hong Kong Premier League.

Foto: FA Kedah

“Kita juga ada Kpah Sean Sherman yang akan bergandingan dengan Kipre Tchetche Herman Brice di bahagian sera ngan dan saya percaya kita boleh dapat keputusan yang diinginkan,” katanya dalam sidang media praperlawnan, semalam.

Ini menjadi perlawnan kompetitif pertama buat gandingan ini setelah ditandatangani oleh skuad Helang Merah pada penghujung tahun lalu. 

Dijangka Kpah Sherman akan mengisi posisi top striker sepertimana dimainkan dalam beberapa perlawnan persahabatan sebelum ini manakala Tchetche Kipre pula akan berperanan selaku second striker.

Foto: FA Kedah

Tatkala gandingan ini diyakini dapat menggegarkan Stadium Darul Aman pada perlawnan malam ini, Kedah sedikit tempang apabila pertahanan importnya, Shakir Hamzah tidak dapat diturunkan kerana perlu menjalani huku man penggan tungan perlawnan.

Namun perkara itu tidak merunsingkan Aidil kerana beberapa pemain boleh menggantikan pertahanan kebangsaan Singapura itu seperti Khairul Helmi dan Irfan Zakaria.

Foto: FA Kedah