Gandingan Brendan Gan dan Sandro mampu jadi sen jata utama buat Selangor

Kejohanan pra musim, Asia Challenge Cup 2020 telahpun melabuhkan tirai pada semalam dengan kelab Thai League 1, Bangkok United dinobat sebagai juara setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Selangor menerusi penentuan sepa kan penalti.

Kejohanan yang berlangsung pada hujung minggu lalu itu turut memperlihatkan kepada peminat bolasepak tanah air khususnya peminat setia Selangor barisan pemain baharu seperti Brendan Gan, Nick Swirad, Safuwan Baharuddin serta bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti Anwar Ibrahim dan Azrin Afiq.

Pada perlawnan menentng Persib Bandung dan Bangkok United, Brendan seperti biasa diletakkan di bahagian tengah dan beliau membantu Sandro Da Silva menggerakkan jentera sera ngan sekaligus memberikan sokongan kepada penye rang utama, Ufedayo Olesegun.

Pemain berusia 32 tahun ini nyata menjalankan tugas dengan sangat baik dimana gandingan beliau dan Sandro seringkali memecahkan benteng pertahanan lawn. Meskipun baru sahaja digandingkan, namun kedua-dua pemain menampilkan satu persefahaman yang baik dan mampu untuk mencipta satu gandingan yang mantap.

Jika Brendan dan Sandro berjaya mengekalkan prestasi baik ketika perlawanan pra musim pada saingan Liga Malaysia yang akan bermula 28 Februari ini, tidak mustahil mereka menjadi sen jata utama Selangor dalam usaha memburu slot untuk beraksi di peringkat Asia.

Selepas mengharungi Asia Challenge Cup, skuad kendalian B.Satianathan akan terbang ke China bagi menyertai kejohanan Meizhou Hakka Cup yang akan berlangsung pada 24 hingga 29 Januari 2020 di Meizhou, China.