Gaji Saya Bukan Sebanyak Itu – Kpah

PENY3RANG sensasi skuad Lang Merah, Kpah Sherman tampil menafikan khabar angin serta tanggapan sesetengah pihak bahawa gajinya mencecah RM125,000 sebulan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Penjaring gol terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 itu berkata, perkara itu adalah tidak benar seperti yang disangkakan peminat bola sepak.

Mulanya saya tidak mahu memberi apa-apa komen, tetapi terdapat khabar angin di luar sana yang menyatakan gaji saya kononnya mencecah RM125,000 dan saya mahu nyatakan ini tidak benar.Lain kali sesiapa yang menyampaikan berita berkenaan sila rujuk terlebih dahulu untuk mendapat kepastian.

Jika sekalipun seorang pemain itu mencapai tahap gaji sebegitu, adalah tidak professional untuk mendedahkan gaji berkenaan kepada umum ataupun media. Ini tidak professional, katanya dengan nada kesal.

Peny3rang kelahiran Liberia ini juga berkata, beliau sangat berharap isu gaji tertunggak hampir lima bulan melibatkan pemain Kedah yang sedang panas diperkatakan kini perlu ditangani dengan seberapa segera bagi mengelak lebih banyak tanggapan negat!f di kalangan pemerhati bola sepak.

Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu menyelesaikan isu ini dengan bijak dan menggunakan kaedah terbaik.Bayaran gaji ini melibatkan bukan sahaja impaknya kepada kami sebagai pemain, tetapi turut memberi kesan kepada keluarga kami, katanya.

sumber:HM

Dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, peny3rang berpengalaman berusia 28 tahun itu membantu Kedah meledak satu gol, manakala bagi saingan Liga Super yang bermula pada 28 Februari lalu pula beliau membuktikan ketaj@mannya dengan mencetak tiga gol.