Firza Andika Idam Liga Malaysia

Bintang muda skuad bawah 23 tahun Indonesia (B-23), Firza Andika berharap dapat menimba pengalaman ber@ksi di luar negara pada tahun depan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak langkah Saddil Ramdani berhijrah ke Liga Malaysia.

Firza yang baru sahaja selesai membantu negaranya meraih pingat emas dalam acara bolasepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 kelmarin turut intai peluang beraksi di Thailand dan Jepun.“Saya ada keinginan bermain di Liga Malaysia. Mahu cari pengalaman bagaimana rasanya bermain di Malaysia. Teringin juga nak ke Liga Thailand dan Jepun tetapi itu semua bergantvng kepada agen,” katanya dalam temubual bersama Bolasport.com.

Musim ini, beliau beraksi bersama PSM Makassar dalam saingan Liga Indonesia 1. K0ntraknya akan berakhir pada hujung bulan ini dan kini sedang mencari pasukan baharuBagaimanapun, pemain yang beraksi di p0sisi pert@hanan kiri ini mengakui belum ada apa-apa komVnikasi dengan mana-mana kelab Liga Malaysia dan sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan Liga Super yang sedang mencari pemain import ku0ta Asean.

“Belum ada komunikasi, tapi sudah sedia kalau main di Malaysia, saya mahu cabar diri sendiri,” ujar pemain yang berusia 20 tahun itu.Firza Andika sebelum ini pernah menyertai kelab Belgium, AFC Tubize pada awal tahun ini. Namun, beliau akhirnya terpaksa pulang ke Indonesia kerana mempunyai masalah dari segi penajaan.

Setakat ini, Firza belum membuat penampilan pertama bersama skuad senior Indonesia dan sempat membantu Garvda Muda menjuarai kejohanan AFF B-22 di Kemboja pada bulan Februari lepas.