FAS tidak guna Pintu belakang

Persatuan Bolasepak Selangor menafikan pihaknya mengambil pendekatan dengan ‘tapping up’ dalam memancing bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh untuk menyertai pasukan itu.

Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan pihaknya mengikut prosedur ditetapkan untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi itu bersandarkan kepada maklumat dan nasihat yang diperolehi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia .Kita tidak melanggar apa apa peraturan dan tiada unsur ‘tapping up’ dalam isu membabitkan perpindahan Sumareh. Sebelum kita menawarkan kontrak kepada pemain itu pun, kita sudah menghubungi FAM untuk mendapatkan pengesahan dan status pemain itu.

Kita pun tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Tetapi FAM menyatakan tidak ada masalah untuk FAS berunding dengan Sumareh dan sebab itulah, kita meneruskan perancangan dan menawarkan kontrak kepadanya, katanya.Terdahulu, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim , Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bukan JDT yang bakal menjadi destinasi pemain kebangsaan terbabit tetapi sebaliknya dia akan menyertai The Red G!ants.

Pendedahan itu dibuat Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya dengan beliau turut memaparkan beberapa tangkap layar mesej perbualan pemain itu bersama individu yang dipercayai pengurusan FAS.Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Joho turut mendedahkan tangkap layar kontrak yang ditawarkan pasukan itu kepada Sumareh dengan gaji AS$17,000 RM70,482 dan klausa perpindahan RM3 juta.

Bagaimanapun, Sumareh mengambil keputusan untuk berkelana ke Liga Thailand apabila menyertai Police Tero FC namun difahamkan, dia hanya menyertai pasukan itu secra pinjaman selama lima bulan.Situasi ini sekali gus menguatkan lagi dakwaan yang menyifatkan perpindahan itu sebagai ‘persinggahan’ sementara sebelum dia kembali beraksi dalam Liga Malaysia .

sumber:BH

Mengulas mengenai perkara itu, Johan mengesahkan kontrak yang ditularkan itu sememangnya benar dan itulah angka yang akan diperolehi Sumareh sekiranya dia berhijrah ke pasukan itu.Bukanlah satu kesalahan untuk kami menawarkan kontrak kepada pemain namun terpulanglah kepada pemain sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, katanya.