FAS Menafikan K0nspirasi

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor menafikan tudvhan wujud k0nspirasi untuk menyingk!rkan B Sathianathan sejak awal musim ini.Sebaliknya, pengendali yang ditamatkan k0ntrak oleh FAS kelmarin sememangnya sudah dimaklumkan khidmatnya tidak akan disambung penghujung musim ini.

Jelas Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, tidak timbul perancangan tersembunyi untuk menganiaya Sathianathan kerana sejak awal lagi jurulatih berpengalaman itu sudah dimaklumkan mengenai kedudukannya.Sebenarnya beliau Sathianathan pun tahu, yang khidmatnya hanya sehingga musim ini saja kerana mulai tahun depan kita akan menggunakan jurulatih baharu.

Walau dia menang piala pun musim ini, kita tetap dengan perancangan untuk ambil jurulatih baharu dan itu sudah jelas kerana pihak pengurusan sudah ada arah tuju baharu dalam bola sepak, katanya kepada Arena Metro, semalam.Beliau berkata, pelantikan Pengarah Teknikal , Micheal Feichtenbeiner sebagai jurulatih sementara adalah keputusan pengurusan tertinggi FAS yang mahu jurulatih Jerman itu menerapkan DNA baharu dalam permainan skuad Red G!ants.

Struktur bola sepak Selangor kita nak masukkan struktur TD sebagai pegawai paling tinggi dalam Selangor. Kita nak perkenalkan struktur baharu, tapi untuk tahun pertama ini Sathianathan adalah jurulatih Liga Super bagi tahun kedua dan sebab itu kita kecilkan skop tugas TD supaya jaga Selangor II dan ke bawah.

Maknanya peranan TD sekarang Feichtenbeiner adalah untuk memperkenalkan sistem atau DNA bola sepak Selangor yang sama. Buat tahun ini Selangor II dan Piala Presiden dah gunakan cara sama, latihan sama dan kerjasama secara berkumpulan.Inilah perancangan jangka panjang Selangor diilhamkan oleh Raja Muda Selangor dan itu visinya. Bila tiba masanya pasukan Liga Super pun kenalah ikut serta dan selari. Dalam hal ini, Sathianathan dah tahu dan kita di FAS nak cara yang TD bawa. Bukan bermaksud cara Sathianathan tak bagus, tapi dia ada cara dia sendiri, katanya.

Kelmarin, Sathianathan dipecat meskipun kontraknya hanya berakhir hujung musim ini gara-gara kekalahan memalukan 1-6 di tangan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.

sumber:HM

Ia sekali gus menyaksikan bekas jurulatih H@rimau Malaya itu muncul pengendali kedua dalam saingan Liga M musim ini ‘direhatkan’ selepas jurulatih Kelantan United, Zahasmi Ismail turut menerima nasib sama berikutan prestasi merudum pasukan minggu lalu.