Farizal Marlias akhirnya bersuara

KUALA LUMPUR: Penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias berbangga dengan aksi cemerlang ditampilkan rakan sepasukan, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid yang mengisi slot utama di gawang negara dalam kejayaan Malaysia mengatasi Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mohd Farizal, 33, sebelum ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe dalam kesemua tiga aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 terdahulu.

Namun, beliau digugvrkan daripada senarai kesebelasan utama negara ketika men3ntang skuad Thailand itu Khamis lalu, selepas dib0losi lima gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dan tewas dua kali masing-masing 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 0-1 kepada Vietnam.

Penjaga gol nombor satu Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, bagaimanapun meletakkan kemenangan ke atas Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan, sebagai keutamaan berbanding siapa yang bakal menjadi pilihan Cheng Hoe di posisi tersebut.

Bagi saya sesiapa pun yang diberi peluang (beraksi) mereka harus jalankan tugas sebaik mungkin.

Perlawanan men3ntang Indonesia satu perlawanan yang penting bagi kita dan jika menang, peluang (mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023) masih ada.

“Sama ada saya, Haziq (Muhammad Haziq Nadzli atau Yan (Khairulazhan) jika diberi peluang kami harus jalankan tugas yang baik. Saya berbangga dengan prestasi Yan sekarang dan kami bertiga harus bekerja k3ras untuk r3but posisi penjaga gol itu,” katanya kepada pemberita pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019, malam tadi.

Pada majlis anugerah itu, Mohd Farizal dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik ABK 2019 sekali gus merangkul anugerah itu buat kali keempat sepanjang kariernya.

Hanya bekas penjaga gol negara yang kini beraksi bersama Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat meraih gelaran itu sebanyak lima kali dan rekod tersebut tidak mengganggu tumpuan Mohd Farizal untuk terus meningkatkan mutu prestasinya.

“Saya tak terfikir pasal nak menc@bar rekod. Kalau menang itu rezeki saya dan saya hanya bekerja k3ras untuk berikan aksi terbaik serta k0nsisten dalam setiap perlawanan untuk bagi kejayaan kepada pasukan,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *