Farizal Harus Berterima Kasih Kepada Shahzan Muda

Penjaga gol Johor Darul Takzim , Farizal Marlias mengakui langkah berani keluar dari Shahzan Muda demi mencari pengalaman baru pada 2008 adalah titik tolak yang merubah perjalanan kariernya.Hanya setahun selepas itu, Farizal yang menyarung jersi Perlis ketika itu mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2009 dan sejak itu dia tidak lagi berpaling, kini berdiri gah sebagai penjaga gol nombor satu H@rimau Malaya.

Masih ingat lagi pada waktu itu umur saya baru 22 tahun dan agak terkejut saya mampu meraih gelaran berkenaan kerana di waktu itu kita mempunyai ramai penjaga gol hebat seperti Helmi Eliza. Ia dibantu langkah berani untuk meninggalkan Shahzan Muda yang saya wakili sejak usia 20 tahun. Ia menjadi permulaan buat segalanya, batu loncatan dalam karier kerana Datuk K. Rajagobal turut memanggil saya menyertai pasukan negara buat kali pertama, katanya yang sepatutnya menjadi salah seorang anggota skuad Piala AFF Suzuki 2010 tetapi terpaksa disisihkan kerana kecede raan dan digantikan oleh Sharbinee Allawee.

Selepas Perlis, Farizal turut pernah bermain untuk Negeri Sembilan, Perak dan Selangor sebelum berhijrah mewakili JDT pada 2015. Dia membantu H@rimau Selatan mempertahankan trofi Liga Super dan mencipta sejarah menjulang Piala AFC sebelum memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik ABK buat kali kedua pada tahun itu.