Faris Ramli terharu sambutan ‘luar biasa’ penyokong TFC

Pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penyokong-penyokong Terengganu Football Club (TFC) dan menganggap ianya berbeza sama sekali berbanding ketika dia bersama kelab lamanya.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, para penyokong mula mengikuti di laman sosial dan memberikan sokongan kepadanya sejak dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain TFC, awal november lalu.“Alhamdulillah, semua penyokong TFC sangat terbaik, sebelum ini saya bersama PKNS dan Hougang United, tetapi fans TFC ini sangat luar biasa.Selepas saya menyertai TFC, ramai penyokong yang selalu menghantar mesej kepada saya di Instagram dan tak sabar melihat saya beraksi, katanya seperti dipetik daripada Teganukita.net

Justeru Faris yang merupakan penerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Singapura 2019 menanam tekad untuk membalas kepercayaan yang diberikan barisan pengurusan, kejurulatihan dan para penyokong untuk membantu TFC mencapai sasaran untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini.Saya sangat bahagia di sini, jadi apa yang harapkan kepada mereka adalah terus menyokong TFC dan saya akan buat yang terbaik buat TFC.

Sebagaimana harapan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang mahu satu piala pada musim ini, insya-Allah kami akan usahakan, tambahnya.Selain daripada sambutan yang menakjubkan daripada para penyokong, pemain yang sering mengisi posisi penye rang sisi atau sayap ini turut tidak sabar untuk bergandingan bersama kapten, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov.

Mereka adalah pemain utama dan arkitek TFC yang saya sangat tidak sabar untuk bermain bersama, ujarnya yang menandatangani kontrak selama semusim bersama TFC.

Foto: Terengganu Football Club