FAP Berdolak Dalih

Duit sudah lulus, bayaran mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin Isnin, mungkin, mungkin …

Pada akhirnya Pengurus Pasukan h!lang, Presiden Amar Pritpal mendiamkan diri, whatsapp dan panggilan tidak berjawab.

Itulah nasib dialami bekas pemain Pulau Pinang 2019 yang mengharapkan ehsan persatuan itu untuk segera melunaskan janji membayar tVnggakan gaji.

Tak banyak, hanya dua bulan sahaja iaitu Oktober dan November 2019, atau lebih tepat satu bulan tiga hari. Itupun FAP bagi bermacam alasan dan berdolah dalih.

Pemain ada hVtang mahu dibayar, ada keluarga mahu disuap, ada k0mitmen perlu ditanggung. Mereka yang digugurkan tidak semuanya dengan segera mendapat pasukan baru.

Apa yang dilakukan FAP bukan hanya mer0sakkan imej sendiri, tetapi mer0sakkan nama FAM dan MFL yang meluluskan permohonan anda untuk bersaing walaupun mempunyai masalah kew@ngan dan tnggakan yang belum dilangsaikan.

Bertanggungjawablah, bertimbangrasalah. Dalam rezeki anda ada rezeki orang lain.

sumber:labolamalaya