FAM Sedia Mempertimbang

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia menimbangkan jaringan pemain import PKNP FC, Yashir Pinto untuk dicalonkan bagi merebut Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam bagaimanapun berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan daripada jawatankuasa teknikal badan induk itu terlebih dahulu.

Katanya, jawatankuasa berkenaan yang akan membuat penilaian sama ada jaringan itu sesuai atau tidak dihantar ke anugerah berkenaan.

“Kita tidak akan tergesa-gesa sebab Anugerah Puskas pun baru habis dan kita ada setahun lagi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

“Kalau berminat, kita pun kena minta kebenaran PKNP FC dan pemain itu sendiri sebelum menghantar pencalonan. Bagi pihak FAM kita belum pasti lagi, kita akan tengok dulu.”

BH Sukan semalam melaporkan pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memuji jaringan ‘rabona’yang dihasilkan Pinto ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Kedah, kelmarin selain menganggap gol itu boleh dihantar untuk pencalonan bagi Anugerah Puskas.

Sebelum ini, FAM sudah mencalonkan jjaringan Syahmi Safari dan Herold Goulon kepada FIFA, namun kedua-duanya tidak tersenarai dalam 10 terbaik.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *