FAM nampaknya memilih untuk berdiam diri

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap prestasi skuad B-22 negara umpama mimpi ng3ri dalam saingan Sukan SEA Ke-30.

Selepas memberi sasaran bulan bintang dalam kenyataan awal tahun lalu, FAM nampaknya memilih untuk berdiam diri selepas kek@lahan tidak dijangka skuad Datuk Ong Kim Swee di Manila.

Terbaru reaksi daripada Yusoff yang terpaksa menelan hakikat, prestasi di Manila umpama mimpi ng3ri ketika mereka sedang menyulam angan-angan untuk berada di mata Asia namun di pentas Asia Tenggara lain pula ceritanya.

“Umpama mimpi ng3ri, kami tidak menjangkakan gagal menampilkan aksi cemerlang di Manila malah gagal melepasi peringkat kumpulan,” kata Yusoff.

Sehingga hari ini, kami masih belum lagi berbincang bagi mencari punca kegagalan skuad negara.

Selain daripada kegagalan Kim Swee membawa pasukan, Yusoff turut tertanya-tanya prestasi semasa pemain yang diberikan tanggungjawab seolah-olah, tidak ada hati untuk bergelar juara.

“Pemain-pemain tidak menghadirkan kegh@irahan untuk meraih kemenangan. Pemain-pemain yang terpilih sebenarnya memiliki kualiti yang tersendiri serta mampu menampilkan permainan yang jauh lebih baik lagi.”