FAM kena bayar ganti

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa ‘mencuci’ kesalahan penyokong Indonesia selepas mereka perlu membayar ganti rugi susulan ker0sakan 44 unit kerusi bernilai RM11,000 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, minggu lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nik Razeen turut mel0ntarkan rasa kecewanya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh penyokong bola sepak Indonesia yang hadir menyaksikan perlawanan bertemu Malaysia itu.

Kami memberikan sambutan baik untuk mengalu-alukan kedatangan penyokong pasukan bola sepak Indonesia ke Stadium Nasional. Bagaimanapun, selepas apa yang berlaku, saya amat kec3wa kerana sambutan baik yang kami berikan tidak dihargai oleh mereka

“Justeru, PSM akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi berkenaan kepada pihak FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung di dalam terma perjanjian sewaan venue,” katanya.

Sebelum ini, badan induk itu akan menjalankan perbincangan dalaman terlebih dahulu sebelum memutvskan langkah yang perlu diambil membabitkan isu ker0sakan kerusi di stadium terbabit.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan isu terbabit bukanlah satu perkara yang perlu diselesaikan secara terbvru-bvru dan mereka perlu meneliti laporan rasmi daripada PSM terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.

Kita tunggu laporan dahulu sebelum kita lakukan apa yang perlu dilakukan. Saya tidak boleh maklumkan apa tindakan kita tetapi ia akan dibincangkan secara dalaman.

“Ini adalah perkara membabitkan persatuan bola sepak (FA), jadi kita perlu mengikut proses dan kendalikan isu ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan,” kata Stuart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *