FAM Didesak Peminat

KUALA LUMPUR: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia MFL memberi bayangan saingan Liga Malaysia Liga M akan diteruskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, namun penyokong berfikiran sebaliknya.Ini kerana majoriti penyokong mengharapkan keputusan itu dapat dipertimbangkan dengan mereka berpandangan lebih baik sekiranya saingan musim ini dibatalkan. Menerusi undian yang dijalankan di laman Facebook Berita Harian Online setakat 9 malam tadi, sebanyak 90 peratus pelayar internet bersetuju dengan pembatalan saingan Liga M daripada 40,891 undian sementara 10 peratus lagi tidak bersetuju.Trend sama dapat disaksikan pada undian di Twitter Berita Harian @bharianmy apabila 87 peratus bersetuju dengan pembatalan saingan membabitkan 1,051 undian manakala 13 peratus lagi tidak bersetuju.

Menerusi lebih 490 komen di laman Facebook Berita Harian Online, kebanyakan penyokong bola sepak menegaskan faktor keselamatan perlu menjadi keutamaan dengan pembatalan saingan mampu membantu memutuskan rangkaian penyebaran COVID-19. Seorang pelayar Internet, Jeffery Zain berkata ‘setuju dibatalkan buat sementara waktu. Khuatir wujud kluster baru plk nanti dan Atok Momok pula berkata ‘kesian lh kt kkm.nnt bertambah lh kluster yg baru KLUSTER LIGA FAM tahun ni semua direhatkan. Seorang lagi penyokong, Azahar Harfa berkata ‘setuju dibatalkan sebab benda tak penting pun utk negara. Kalau buat tertutup pun bukan ada pendapatan buat kelab.

Malah, Saya Nurul mengakui keselamatan lebih penting apabila menegaskan ‘setuju dibatalkan kerana mencegah wabak penyakit lebih baik daripada merawat. Pembatalan liga mungkin boleh dianggap langkah terbaik terutamanya selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, perhimpunan ramai seperti bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempoh PKP tamat.Dr Noor Hisham menjelaskan walaupun tempoh PKP berakhir, norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah dan perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.