FAM Bidas Kenyataan Selangor

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia menjelaskan badan induk itu tidak berkuasa memberi sebarang ‘lampu hijau’ kepada Persatuan Bolasepak Selangor untuk memulakan rundingan dengan Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam tidak menafikan Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ada berhubung dengannya untuk bertanyakan status pemain naturalisasi negara itu.

Benar Dr Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang .Saya memberi penjelasan kepadanya berdasarkan status k3s yang mana mengikut pemahaman ketika itu, Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan PBNP menggunakan klausa tertentu yang terkandung di dalam kontraknya, katanya.

Stuart menjelaskan FAM ialah badan induk sukan bola sepak yang tidak mempunyai hak memberi sebarang kebenaran yang dimaksudkan.Sumareh bukan dimiliki FAM yang mana segala maklumat peribadi, terperinci atau kebenaran hanya membabitkan pemain itu sendiri dan pasukannya, katanya.

sumber:BH