FAM beri diskaun lebih 60%

Berita baik buat penyokong Harimau Malaya.

Dengan tiga perlawanan berturut bakal menjelang, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nampaknya mahu memberikan ‘hadiah’ buat semua ‘ekor Harimau Malaya’.

Bagi perlawanan persahabatan skuad negara menentang Tajikistan, FAM telah mengumumkan bahawa diskaun sebanyak 60% bakal diberikan kepada penyokong yang mahu hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 November ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi laman media sosial rasmi FAM mengumumkan bahawa tiket bagi perlawanan menentang Tajikistan nanti akan dijual pada harga serendah RM10. Tiket bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 sebelum ini berharga RM20 + caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM30 (pembelian di kaunter) bagi tempat duduk Terbuka serta RM40 + caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM50 (pembelian di kaunter) bagi tempat duduk Grandstand.

FA Malaysia@FAM_Malaysia

Siaran Media: FAM Beri Diskaun Lebih 60%; Harga Tiket Aksi Bertemu Tajikistan Serendah RM10

FAM umum pemberian diskaun sehingga lebih 60% bagi tiket perlawanan bertemu Tajikistan, Sabtu ini dengan harga serendah RM10.

View image on Twitter

Bagi perlawanan menentang Tajikistan nanti, tiket tempat duduk terbuka akan dijual pada harga RM10 termasuk caj pemprosesan bagi pembelian online dan RM15 bagi pembelian di kaunter. Bagi tiket tempat duduk Grandstand pula berharga RM15 termasuk caj pemprosesan untuk pembelian online dan RM20 untuk pembelian di kaunter. Tiket bagi kanak-kanak pula kekal RM7 tanpa caj pemprosesan untuk pembelian online dan di kaunter.

Menurut Stuart, diskaun ini diberikan kerana mengambil kira dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada 14 dan 19 November nanti. Dia turut mengumumkan bahawa harga tiket bagi perlawanan berdepan Thailand dan Indonesia adalah sama seperti harga tiket perlawanan kelayakan menentang Emiriah Arab Bersatu.

Tiket bagi perlawanan berdepan Tajikistan akan mula dijual secara online pada 6 November ini, berdepan Thailand dan Indonesia pada 7 November. Bagi jualan di kaunter pula adalah pada 9 November (vs Tajikistan), 14 November (vs Thailand), 19 November (vs Indonesia).

Kredit foto: FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *